Tuesday, April 22, 2014

My father

Bapaku bkn la org yg kaya..dia tidak menginginkan harta dunia. Hidupnya pergi masjid,ambil kelapa sawit... makan sekadar yang ada. Waktu aku kecil selalu je kawan2 kg bapaku   menggunakan bahasa yg tdk baik kpd bapaku ..maklumla bapaku org luar yg menetap di kg ibuku.tp dia tetap tersenyum dan ketawa..waktu tu dia tiada apa2 .kadang2 mau je aku tumbuk muka mereka yg mengata bapaku..bapaku pula jenis x menunjukkn kebijakkannya.. bila aku sudah besar ..bila sudah org pandang dlm.masy bru laaa org mula respet ngn bapaku.x berani mereka nk mengata/membuli/memandang rendah org kg mcm bapa aku .aku akan menjadi sorg yg tdk menghormati org yg tdk menghormati bapaku.sesiapa shj. Walaupun bapa ku x pernah mengajar aku berbuat begitu. Aku menjadi difensif terhadap sekeliling.terima kasih abah semoga abah dilindungi Allah. Cucu abah sgt syg kat abah

Tidak pernah terfikir

Bermulanya perjalanan hidup aku. Tdk pernah terfikir untuk sampai ke tahap ini ...dh jauhku berjalan di muka bumi ini. Tapi makin aku melangkah makin byk yg aku x tahu ..bkn shj dr segi pemandangan malah pemikiran dan erti kehidupan ini.... manusia pelbagai ragam. Org melihat kita pun dengan pelbagai ragam.daku berharap ragam kita di redhai Allah. Bkn ku sangka dari teluk intan ke merata2 dan kini di parit buntar.yg penting bukan jarak tempat yg membeza tp apa yang dijumpa semasa perjalanan umur itu yg lbh manafaat..wasalm

Wednesday, April 16, 2014

Jadi hero

Lelaki tidak memandang perempuan yang menunjukan hero sebelum kawen...tp jadilah hero ketika sudah berkahwin. Malula klu kerja yg asas pun x boleh buat

Tuesday, April 15, 2014

Kemampuan minda(berangan)

Hari ini aku nk berbicara sikit tentang kehidupan. Cewah seyes le pulak!! Semenjak boleh update blog ngn mudah pakai henset ni banyak la pulak bicara aku.ok berbalik kepada apa aku nk ckp td.. kehidupan ni suatu yg menyeronokkan jika tdk dpt sesuatu kita boleh berangan untuk mendapatknnya. Mcm aku ingin sangat nak naik kereta terbang.pasal  x di komersilkan lg. Aku pun berangan la untuk mendptknnya.ni la Allah bagi kelebihan dekat manusia iaitu berkeupayaan minda.kenapa kita x gunakan.org selalu kata"kau tu berangan ja" tp dengan berangan la selalunya kita mencuba merealisasikan sesuatu.

Sunday, April 13, 2014

Kacau anak

Aku selalu pas balik keje aku ambil anak aku kat pengasuh sementara tgu bini balik...dan tika itulah aku selalu main2 ngn anak aku...maklumla rindu kat anak hehehe. Tp time2 mcm tu laaa aku selalu kacau dia  sampai laaa dia mengamuk kikiki

Anak dan isteri tersayang

Sekejap je masa berlalu sudah setahun setengah mendirikan rumah tangga..dh nk masuk dua pun anak. Kejap je masa berlalu..tp aku tetap bahagia dengan kehidupan ku.mulai hari ini aku akan cuba mengupdate  kat blog satu lagi aku..mengenai bidang aku iaitu pendidikan..

Wednesday, August 22, 2012

Banyak perkara sudah berlaku sepanjang setahun lalu...aku sangat bersyukur kepada Allah ..banyak benda susah dilalui..dalam diam aku bakal menamatkan zaman bujang pada 25hb ogos 2012 ini selang 2 hari sahaja lagi ..kadang2 bercinta bagai nk rak pun bukan la menjamin jodoh seseorang..tp klu betul niat kita itu ..insyallah akan dipermudahkan..Dia tidak la secomel mane,tidak la secantik mata tidak laaa seindah mana...tp aku ingin kawen dengan dia...sebab aku dapat rasakan dia la isteriku yg aku cari selama 26 tahun ni...akhirnya aku jumpa juga tersembunyi di suatu tempat di pulau pinang... hoPE JODOH AWAK dan saya akan kekal sampai ke anak cucu dan sampai ke syurga... dI DUNIA INI aku hnya ingin mencari kehidupan yg sentiasa di redhai oleh Allah....Harta dan kekayaan tidak la aku kejar sgt..cukup la rezeki yang Allah dah beri ini ..Aku bersyukur sebab Allah melepaskan seseorang yg tidak sesuai untukku dengan seseorang yg lebih baik ... Malahan kawan2 sekeliling ku masih ade bersamaku.

News

Kenangan Terindah

Kenangan Terindah
Setiap Jiwa Manusia Ada Kebaikan