Tuesday, December 22, 2009

HAri ini

keje aku ari ni main komen2 jerr ngn kwn aku ...sampai la kepetang...petang ni nk g joging jap lalalala...spe nk ikut jom gi tasek proton

Monday, December 21, 2009

My FAce book

KWn2 smua let be my member in my FB

Akn muncul

Utk pengetahuan kwn2 aku dulu mse budak2 dulu ade tulis diari laa...aku xtau la mne aku letak buku tu ..tp aku rse sgt penting buku tu ..xperr nanti mse balik kg aku aku cuba cari klu jpe aku akan berkongsi dgn kwn2 smua.....kisah diari aku

Sunday, December 20, 2009

HAri bekerja

hari ni mcm bse keje lagi tp ari ni aku tgh keje tp main taip2 kejap..sbb bosan gak keje kat dalam aircorn nie...rindu sgt la nk balik kg..bosak gak duk sni...kwn aku duk tgk youtube rakaman rakyat malaysia menyambut ari ry di oversea..syok jgk dgr huhuhu ....ehh lpe pkak kpd smua slamat menyambut maal hijrah kepada smua umat islam diseluruh dunia....

Friday, December 18, 2009

Malaysia menang bola sepak sukan sea

dh lme aku tgu dh dekat 20 tahun akhirnya malaysia menang jgk bola sepak sukan sea...kalahkan vietnam 1-0 .mcm x percaya tp aku sgt gembira...hope korg pn sme...walaupun ramai yg mengkritik termasuk sy dan memuji ketika menang ..itu x menjadi mslh kerna adat la klu main asyik x menang mmg la kena kutuk..klu mng mmg la kena puji..sbb terlalu lama asyik kalah jerr...ade gak org2 yg berlagak pandai ni kata penoyong ni waktu mng bru laaa..waktu pasukan bola sepak negara merudum..kutuk bkn main.. xpatriotik...that not way laaaa......tye la mne2 pasukn termasuk EPL sndiri..klu pasukan mereka kalah..mmg akan di kutuk...sbnrnya bendani bkn perkara x baik..tp perkara yg baik dr segi psikologi..pasukan akan berada pd zon selesa shj dan x akan meningkat sekiranya tiada tekanan..jika ade tekanan dalam hidup mereka utk menang bru la mereka secara neurologinya akan bermain sepenuh ati..kaitan ini bkn sy ckp melalui kata2 kosong shj..tp sy boleh buktikan melalui teori pembentukan tamadun manusia sndiri antara sbb terbentuknya tamadun itu drpd tekanan hidup manusia cuba mencari keselesaan dlm hidup danmula berubah kearah yang menyenangkan mereka...semoga pasukan bola sepak terus lebih maju masa hadapa..termasuk piala dunia

Friday, December 4, 2009

Aku merasa kegasaran

Apa2 pn yg kita lakukan hidup mesti diteruskan ape jua sekalipn berlaku.Banyak benda yang dilakukan tanpan disedari oleh kita..terutama yang berkaitan dengan perbuatan..aku banyak belajar dan aku masih x tau aperr yg aku sepatutnya perlu tahu..ini kerna aku hanya melihat daripaa sudut pandangan sndiri tanpa memikirkan pandangan orang lain..cuma selepas ini perlu lebih peka dengan apa yg aku sedang fikir dan tulis...

Monday, September 28, 2009

Raya oh raya

sebulan dah berpuasa akhirnya raya jugak ..x sangka kan kejap jerr raya ...aku telah balik kg mse rya tu ..ry aku kat kg mcm bse jerr mcm dulu2..mesti punya la ronda umah ke rumah kawan2 aku ..tu jerr la kejenyerr tipa2 tahun . nk wat mcm mne pasni jarang jpe mse raya la selalu jumpe.. hehe

Sunday, September 13, 2009

Jumaat Sabtu Ahad

Salam dh 3 hari aku jalan2 g uptown, Kl n Genting best gak ....mcm2 leh tgk org wat persiapan raya...mercun n bunga api jgn ckp la mmg byk ..tp yg best org kita niee.ade H1 Ni ker penyakit ape kerr org still kuargak mcm xde ape2 yg berlaku pun termasuk aku....dan Jalan Tar ngn Uptown2 terutama danau kota kat gombak tu mmg hapening laa...so klu nk merasa kwsn ramai org check this two place..hehehe

Friday, September 11, 2009

Hari ini

Alhamdulillah hari ini hari yang tenang seperti biasa.. malam tadi aku g uptown Danau KOta woww org mmg ramai bangat2. Tp mmg best la kat stu macam2 leh beli..aku hanya beli baju n tali pinggang ..dalam sibuk2 tu aku mula terfikir kenapa semakin ramai pekerja bangla kat stu dulu xde pn...Aku x kisah sbb masih ramai lagi pemuda pemudi kita yang juga ramai berniaga disitu.. bagus la atleast Bangsa kita tidak ketinggalan itu yang penting...Teruskan Perjuangan Sahabat2 ku

Thursday, September 10, 2009

Kelab Mencari Jodoh

Haah KEPADA SMUA!!!!! rakan2 yang masih belum mempunyai couple dan sedang mencari jodoh..sy ada jalan untuk anda..daftarkan diri anda ke link ini mana tau anda bertemu jodoh disini. zAMAN sekarang ni lelaki atau perempuan perlu berusaha baru boleh dapat hasil. Hanya yang belum ada sahaja boleh mendaftar klu sudah ada teman tidak perlu .. Mana tahu kita leh wat aktiviti bersama dan berkenalan antara satu sama lain. Apa tgu lagi just klik di komen dan reply...Pendaftaran percuma!!!
" ANDA BUAT ANDA DAPAT"

Kwn Ku Azlina


Ahh... klu korg nk tau nie lerr kawan aku dr sekolah rendah,menengah,tingkatan 6 dan sampai ke UPSI niee...Aku dh msk dh perangai dia suku sakat dia haha...for Lina have great life u r my best friend...(jgn ske majuk2 ngn aku nnti aku panggil Pak Cik Ahmad..::dh kawen jgn lpe jemput..ermm x jemput pn xpa aku dtg jerr hahaha

X sabar nk balik kg


hehehe...raya dh nk dekat ..tp umah aku dh raya dulu ..X sabar rasanya nk balik kg ..heheh sebelum tu anta Labu balik dulu bru aku balik .Okey kpd smua kwn2 slmt bercuti ..adios zagaros!!!

Wednesday, September 9, 2009

Aii x lepas sent laaa

nnti sent video tp x lepas laaa...xtau napa..

Lemang oh lemang


Hari ini aku g sg samak mencari buluh lemang tah ape kena mimpi plak kawan2 aku ni teringin lak nk makan lemang walaupun belum raya ..tapi x apa laa.. seronok jugak wat benda niee klu ramai2 meriah sikit.. So spe2 yg nk join dtg umah aku jumaat petang..kmi nk bakar kat sniee...taman malim no 127..(gambar nie xde kaintan ngn ape yg aku citekan niee hehehe)

Sunday, September 6, 2009

Kursus kawen


semalam n ari ni aku amek kursus pra perkahwinan kat UPSI nie dewan kuliah J ahhh...lega dh hbs terus dpt sijil....ade benda yg syok dan ada benda yg tidak best ape benda tu biolerr simpan jerr....hhhhehehe....ok la semua happy in live n life..ni gamba mse nk G kuala kubu baru umah kanak2 khas

Klu anda terima kenyataan dgn sabar..suatu hari pasti ada utk anda yg lbh baik


Walaupun kita ada masalah atau kecundang dgn sesuatu percayalah ia mampu membangkitkan semangat kita jika lbh positif dan ceria

Thursday, August 27, 2009

Wanita sgt istimewa

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu
bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa
untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu
ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya
walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan
lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia
dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk
seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya
menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia
mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia
memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih
awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah
rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri
di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan
mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau
nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan
disayangi sepenuh jiwa.

Tuesday, August 11, 2009

Masa depan

Pejam x pejam dah sem 7 ..kat libry kul 11.39... Kehidupan yang direncanakan tidak semestinya akan menjadi benar....tp kadang2 kita perlu berusaha kearah itu.. Lepas itu jd kerr x jadi belakang kire...heheheeh..

Saturday, August 8, 2009

Revolusi cinta

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Tuesday, July 21, 2009

News

Kenangan Terindah

Kenangan Terindah
Setiap Jiwa Manusia Ada Kebaikan